Tuesday, 30 June 2020

Langkah Pencegahan COVID-19 dari Perspektif Orang Ramai

https://drive.google.com/file/d/1NG9-GsWJ7dgBulbHKlJOrY3aLVkBI36p/view?usp=drivesdk

NILAI-NILAI MURNI DALAM KEJURURAWATAN

Video youtube ini menerangkan tentang contoh-contoh nilai-nilai murni di dalam kejururawatan๐Ÿ˜Š.

https://youtu.be/1U4ZxkvZPiw

Friday, 1 May 2020

Bahan Bantuan Mengajar, BBM

Permainan 'XOX'

Bahan:
  1. Kotak
  2. Lidi
  3. Gam
  4. Mutipurpose glue
  5. Kertas warna
  6. Spray
  7. Gunting

Cara-cara untuk membuat permainan 'XOX'

1.Gunting kepada beberapa bahagian kecil segi empat sama
 dan segi tiga berukuran 5cm untuk membuat komponen XO

















2.Kemudian cantumkan bahagian kecil yang telah digunting tersebut menggunakan multipurpose glue untuk menghasilkan komponen 'XO'. Komponen XO tersebut akan kelihatan seperti bumbung rumah, anda perlu menghasilkan sembilan komponen XO. 


















3. Selepas menyiapkan komponen XO, potong kotak pada dua bahagian
 sepanjang 20cm x 7cm. Komponen ini berfungsi sebagai dinding bagi menyokong komponen XO tersebut pada base permainan. 




           



       




4. Dengan menggunakan lidi, tebuk pada dinding komponen dan juga komponen 'XO'.Cantumkan kedua-dua bahagian tersebut untuk menhasilkan komponen kecil yang lengkap. 

               







       











5.Untuk membuat 'base' permainan anda perlu membuat kotak daripada kadbord. Potong kadbord berbentuk segi empat tepat berukuran 30cm x 34cm. Pastikan ukuran base permainan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Anda perlu membengkokkan semua tempat yang di tandai dengan garis. Kemudian potong hanya satu daripada setiap garis penjuru sisi sebelum memotong bucu setiap sisi.























6. Menggunakan multipurpose glue, cantumkan setiap penjuru kadbord yang telah dipotong untuk menghasilkan kotak.






















7. Spray kotak dan komponen XO mengikut warna pilihan masing-masing atau anda boleh juga menggunakan kertas warna sebagai hiasan jika tidak mahu menggunakan spray. Anda boleh menghias kotak mengikut kreativi masing-masing ๐Ÿ‘




















8. Lukis perkataan X dan O pada kertas warna, gunting dan lekatkan ke komponen XO. 
Masukkan komponen XO ke dalam kotak.


Done ๐Ÿ˜Š.

Untuk melihat cara-cara membuat permainan XOX atau dikenali sebagai Tic Tac Toe game dengan lebih jelas, anda boleh klik link video di bawah .

๐Ÿ‘‡


Anda juga boleh melihat cara pembuatan kotak dari kadbord dengan mudah dengan menekan link di bawah.
๐Ÿ‘‡


Sunday, 26 April 2020

10 Video Teknologi dan Inovasi dalam Bidang Perubatan

Senarai link video di bawah adalah mengenai teknologi dalam bidang perubatan yang dibangunkan untuk membantu pekerja kesihatan dan juga pesakit mahupun keluarga pesakit untuk melalui kehidupan harian mereka dengan lebih mudah.





Next Generation of Health Care Technology at Johns Hopkins Bayview Medical Center.


da Vinci Robotic Surgery – Minimally Invasive Hernia Repair.



The laser lancet:no-needle innovation for diabetics!


No-needle glucose check.




Needle-Less Alternative To Stitches.




 Amazon Echo Controlled Hospital Bed


Automated CPR device



Crutches and Knee Scooters Are Obsolete - See Why the iWALK2.0 Changes Everything




Liftup by Raizer.




Ex-Police Officer Mike shows how his Theraposture Rotoflex bed delivers greater independence v2

10 Teknologi dan Inovasi dalam Bidang Perubatan

1.Ultrasound in your pocket
Butterfly iQ ialah sebuah aplikasi yang boleh dimuat turun di dalam telefon pintar, berfungsi sebagai mesin ultrasound. Jonathan Rothberg adalah pencipta Butterfly iQ dimana dia percaya bahawa aplikasi ini akan mempermudahkan konsumer untuk mengimbas imej sebagai rutin mereka tanpa perlu pergi ke hospital.

2. Rehab in virtual reality
Idea ini dicipta oleh Isabel Van de Keere setelah beliau mengalami kecederaan yang menyebabkan beliau perlu menjalani rehab selama 3 tahun. Beliau percaya dengan menggunakan VR, fungsi otak dapat dipertingkatkan dan consumer akan dibekalkan dengan pelbagi jenis senaman pesakit boleh lakukan dan penjaga dapat memantau sendiri perkembangan pesakit.

3. Drone-delivered medical supplies
Menerbangkan peralatan kecemasan medikal seperti darah,sel tisu atau sampel darah, air kencing dan ubat menggunakan dron ternyata berkesan setelah masa yang tercatat untuk penghantaran menggunakan dron sama seperti barang yang dihantar dengan berlari. Dron juga berfungsi untuk menghantar peralatan perubatan ke kawasan pendalaman.

4. Robotic surgery



Pembedahan yang dilakukan oleh robot mempunyai hasil yang sangat berkesan dimana hasil klinikal yang didapati lebih baik seperti pesakit kurang berasa sakit dan masa yang diambil untuk pulih lebih kurang dari pembedahan biasa. ‘The da Vinci Surgical System’ telah dijalankan kepada lebih dari tiga juta pesakit di seluruh dunia.


5.Alexa in Smart Hospital Room Pilot Program


 

Menggunakan peranti Alexa atau dipanggil Aiva di hospital sebagai platform untuk pesakit berinteraksi dengan jururawat dan mengawal hiburan mereka seperti lagu dan siaran televisyen. Peranti tersebut menggunakan program sistem pengenalan suara AI di mana pesakit dapat meminta bantuan jururawat menggunakan peranti tersebut tanpa perlu berjalan atau menkan butang memanggil.

6. Bacaan gula melalui kanta sentuh

Saintis di Korea mencipta kanta sentuh untuk mengesan bacaan gula melalui air mata. Teknologi ini bakal membantu kaedah mengesan gula bagi penghidap diabetes tanpa perlu mengambil darah melalui suntikan jarum. Peralan sangat bermanfaat kerana pesakit tidak perlu berasa sakit lagi setiap kali mereka perlu mengesan bacan gula.  

7. Bacaan ECG melalui jam pintar

Syarikat Apple melancarkan jam tangan pintar yang mengandungi aplikasi membuat bacaan elektrokardiogram (ECG).Elektrod yang telah diletakkan di bahagian belakang jam tersebut dapat mengesan impuls elektrik jantung bagi mengenal pasti sebarang aktiviti elektrik tidak normal disebabkan beberapa keadaan jantung seperti irama jantung tidak sekata. Semua bacaan tersebut boleh disimpan dalam memori dan dapat membantu doktor mengesan dan memantau penyakit jantung dengan lebih efisen.

8. Deep brain stimulation, DBS 

Deep brain stimulation,(DBS) atau rangsangan otak merupakan kaedah rawatan baru bagi strok. Rawatan ini melibatkan penempatan elektrod DBS pada otak pesakit melalui pembedahan. Rangsangan elektrik diberikan melalui elektrod terbabit membantu proses pemulihan di samping rehabilitasi.

9. Smart Pacifier Pacif-I

Smart pacifier ini di reka untuk monitor suhu badan bayi. Data-data dari pacifier ini boleh di pindahkan ke aplikasi pada Android atau IOS smart phone dengan menggunakan bluetooth. Aplikasi tersebut juga membolehkan ibubapa mencatit masa pemberian ubat, memasang amaran dan peringatan. Data ini boleh dikongsikan bersama doktor dan jururawat ketika ibubapa membawa anak mereka ke hospital atau klinik.bu bapa juga akan diberi amaran di dalam telefon pintar jika pacifier ini hilang.

10. Accuvein AV300




Alat mudah alih ini direka dengan fungsi untuk menerangkan salur darah pesakit. Peranti tersebut menggunakan cahaya UV x ray yang di pancarkan ke atas kulit pesakit, dan salur darah akan kelihatan dengan jelas. Alat ini memudahkan doktor dan jururawat untuk mencari salur darah yang sukar dirasa atau di lihat bila di sentuh bagi prosedur  memudahkan pengambilan darah dan pemberian ubat melalui ‘peripheral line’.

About Me




Assalamualaikum dan Selamat Datang :)

NAMA: Anis Nazirah Binti Ismail


NO.MATRIK: A164879

UNIVERSITI:Universiti Kebangsaan Malaysia

PROGRAM: Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan

TAHUN/SEMESTER: 3/1

FAKULTI:Fakulti Perubatan

FACEBOOK: Anis Nazirah

SELAMAT BERKENALAN <3

Saturday, 25 April 2020

Nursing Program: GGGE2123 Teknologi Inovasi dalam Pembelajaran



Assalamulaikum dan Selamat Datang ke blog, GGGE2123 Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Saya merupakan pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengambil kursus citra GGGE2123 di UKM,Bangi. Tujuan blog ini dibina adalah sebagai salah satu tugasan di bawah kursus citra tersebut. Melalui penghasilan blog ini, beberapa maklumat akan saya kongsikan kepada para pembaca tentang Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Segala maklumat yang saya akan kongsikan adalah daripada hasil daripada tugasan yang telah saya lakukan. Saya berharap agar para pembaca yang melayari blog saya akan mendapat manfaat walaupun sedikit. Saya memohon bantuan dari para pembaca untuk meninggalkan komen  anda terhadap blog saya di ruangan komen supaya segala kekurangan saya dalam penghasilan blog ini dapat diperbaiki sedikit demi sedikit.

terima kasih :)